Friday, December 5, 2014

MEGAPAKAH SUSU KAMBING SEHARUSNYA MENJADI MINUMAN HARIAN KITA?

Tahukah anda memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi. Walaupun ada unta, mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing? 

  • Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.
  • Menternak kambing mengajar rasa tawaduk. Para nabi tidak menternak unta walau[un ia lebih besar dan lebih bernilai berbanding kambing. 
  • Nabi SAW pernah menyebut, "Ternaklah kambing kerana padanya ada barakah atau keberkatan”.
  • Susu kambing boleh meningkatkan IQ dan EQ. 

Susu kambing hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Ia boleh menjadi susu alternatif jika ibu tidak dapat menyusui. Susu kambing boleh dijadikan sebagai supplement, tetapi BUKAN menggantikan susu ibu kerana susu ibu adalah merupakan susu paling terbaik untuk sianak. Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu). Semua peringkat anak-anak, remaja dan orang dewasa dianjurkan meminum susu kambing.

Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW. Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. 

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia. Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit). Ia mempunyai kalori yang tinggi.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya tidak akan hilang berbanding susu-susu ternakan lain seperti lembu. Susu kambing yang baru diperah tidak berbau hamis atau hanyir dan sangat sedap. Jika berbau hamis, masukkan sedikit halia atau daun palas supaya tidak berbau.

Susu kambing yang sirawat ini menghasilkan tiga jenis amino asid caseins yang telah di rawat ialah Beta – CN f78-83, Beta-CN f84 – 87 dan Beta-CN f181-184.

Setakat ini saintis mendapati bahawa ia dapat menurunkan tekanan darah systolic sebanyak 15mmHg pada pesakit berbanding pesakit yang menggunakan ubat darah tinggi iatu captopril yang dapat menurunkan sehingga tekanan darah systolic sebanyak 25 mmhg
Saintis percaya bahawa bioactive peptides dari bahan beta casein yang di perolehi oleh susu kambing mempunyai sifat angiotensin conveting enzyme inhibitors, seperti mana yang terdapat dalam beberapa ubat darah tinggi - Kajian di terbitkan dalam journal of clinical hypertention (vol.8, pp 775-782)


Sources from:
Susu Kambing sebagai Minuman
Wednesday, 9 January 2013

SUSU KAMBING HAYYGOAT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...