Thursday, June 11, 2015

PERLUNYA AIR BERSIFAT ALKALI DIDALAM TUBUH BADAN KITA * SUSU KAMBING BERSIFAT ALKALI SECARA SEMULA JADI.

Kenapa Badan Kita Memerlukan Air Beralkali?

Banyak makanan yang kita makan telah membentuk ASID berlebihan dalam sistem tubuh kita. Asid ini akan masuk ke dalam saluran darah dan seluruh sistem tubuh badan seperti Limpa, Jantung, Hati dan Buah Pinggang untuk dikeluarkan semula daripada dalam tubuh. Namun tak semua mampu dikumuh dan akhirnya berlakulah asid berlebihan dan menyebabkan kesan kepada masalah kesihatan, fungsi-fungsi sel yang tidak berjalan sempurna dan akhirnya jadilah pelbagai jenis penyakit di dalam badan.

Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit. Air bersifat beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.

Apakah Akan Terjadi Jika Badan Anda Berasid?

"Anda akan berpenyakit, lesu dan gemuk. Apabila alkali berkurangan, dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan,badan anda mula menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej (Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang . Kartilej menyaluti hujung – hujung tulang yang membentuk sendi), kerana inilah  sebabnya orang tua mengecut dan membongkok. Proses keoreksi/proses pencernaan dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid").

Minuman bersifat ALKALI ini mempunyai 6 unsur utama

1. Mineral bersifat alkali
2. Mengandungi elektrolit
3. Oksigen yang lebih padat
4. Rantaian molekul air yang lebih kecil
5. Mengandungi elektron (ion negatif) berlebihan (excess Electron)
6. Tenaga Gema (keistimewaan sebenar air alkali)
7. minuman bersifat alkali secara semula jadi (Ai zam-zam,susu ibu, susu kambing)




1. Air bersifat alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan
Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit. Air bersifat beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh.

2. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan. Proses ini dinamakan penghidrasi.

Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan. Dengan meminum air bersifat beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.

3. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali
Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.

Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.

4. Penawar kepada masalah kesihatan
Air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan. Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan minuman air bersifat alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air bersifat alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.

5. Air bersifat alkali adalah ejen antioksidan yang terbaik.
Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.

Air bersifat alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

6. Air bersfiat alkali membantu pengurangan berat badan
Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air bersifat alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.

Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

Air bersfiat beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan dari tubuh badan.

7. Keajaiban Perubahan Molekul Air Setelah Didoakan
TAHUKAH ANDA?  Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Apabila air dibacakan dengan perkataan yang baik-baik dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang indah dan cantik.

Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti ‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.

Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat Al- Quran yang dibacakan kepadanya. Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat Islam yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 yang bermaksud,“Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.





KEBURUKKAN AIR BERSIFAT ASID BERLEBIHAN DIDALAM SISTEM TUBUH.

Pengaruh keasidan tubuh terhadap kesihatan
Keasidan tubuh atau pH (potensial Hidrogen) merupakan badan yang sihat manakala badan berasid adalah badan dalam keadaan yang akit atau terdedah kepada penyakit. Ianya boleh diyatakan dengan ukuran keasidan pH 7.0-8.0 manakala badan berasid dengan pH di bawah 7.0 . sebagai contoh, badan bayi yang baru lahir akan mempunyai pH 8.0, manakala pesakit- pesakit kanser secara amnya mempunyai pH 3.5. 

Orang dewasa yang sihat akan mempunyai pH 7.0-7.5. Pada umumnya keadaan tubuh yang lebih asid dapat menyebabkan  terjadinya penyakit. Semakin dewasa manusia semakin banyak  hal-hal yang mempengaruhi  nilai pH  yang semakin berasid, semakin tua manusia pH tubuh semakin rendah maka semakin  mudah terkena penyakit. Semakin banyak toksid terkumpul , menyebabkan punca penyakit tetapi sebaik sahaja badan  berpenyakit maka badan boleh menjadi lebih berasid lagi  disebabkan oleh penyakit-penyakit yang tidak dirawat terjadi. 


Bagaimana cara untuk mengetahui bahwa tubuh anda berasid atau sebaliknya
Anda hanya perlu melakukan test pada air ludah anda pada kertas Lakmus[litmus paper]. Gunakan kertas lakmus yang memiliki setidaknya pH diantara 4.0 - 8.0 dan memberikan warna berbeda untuk setiap perubahan pH 0.5 - 1.0. Sebelum memeriksa air liur anda, bersihkan mulut dengan cara mengumpulkan air liur didalam mulut dan ludahkan dan lakukan 2 kali berturut turut. Pada kali ketiga, ambil air liur anda dan sapukan pada kertas lakmus dan anda membandingkan warnanya denganstandard warna yang diberikan [biru. hijau, kuning, dst]. 


BERIKUT MANFAAT AIR BERSIFAT ALKALI

1. Air bersifat Alkali dan Jantung
Air bersifat alkali juga diyakini dapat  menyembuhkan penyakit jantung, rematik, kerosakan  kulit, penyakit saluran nafas, usus, dan penyakit kewanitaan.

2. Memperlancar Sistem Pencernaan
Mengambil air alkali dalam jumlah cukup setiap hari akan memperlancar sistem  pencernaan membolehkan kita terhindari dari masalah-masalah pencernaan seperti ulser ataupun sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan dengan lancar.

3. Air bersfiat Alkali Membantu Memperlambat Tumbuhnya Zat-Zat Penyebab Kanser.
Ianya juga mencegah Penyakit batu pada buah pinggang  dan hati. Minum air bersfiat alkali akan membuat tubuh lebih bertenga.

4. Perawatan Kecantikan
Bila kurang minum air bersfiat beralkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit  sehingga kulit menjadi kering dan berkedut, selain itu, air bersfiat alkali dapat melindungi  kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. juga untuk menjaga kecantikan, kebersihan tubuh pun seharusnya benar-benar diperhatikan, dengan  meminum air putih 8 – 10 gelas sehari.

5. Untuk Kesuburan
Meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada  wanita. Mandi dengan air sejuk bersifat beralkali akan meningkatkan pengeluaaran sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus.

Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan  pengeluaaran  hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu  kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu sel kulit dapat dibaiki, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak.

6. Sebagai Obat Stroke
Air bersifat alkali tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, tapi juga berkesan untuk mengubati lumpuh, seperti kerana stroke, secara ringkas penyakit stroke adalah berkurangnya penghantaran oksigen atau darah ke otak.

Air bersfiat Alkali adalah air yang mempunyai kadar oksigen yang tinggi sehingga, kekurangan penghantaran oksigen dapat di hindari sebabnya, air tersebut dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan, meningkatkan pengalirani darah dan oksigenisasi sel-sel, sehingga dapat mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa perit serta menenangkan fikiran.

Kandungan ion-ion terutama khlor, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan pengaliran darah. Selain itu pH airnya mampu menguatkan sel kulit.

7 Kesan yang menenangkan
Air bersifat alkali yang mengandungi ion negatif dapat meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memenfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat pengiriman oksigen ke dalam sel dan jaringan.

8. Melangsingkan / membuat berat badan ideal
Dikala tubuh kita sudah “terlalu berasid” tubuh akan merangsang dengan cara  menyimpan lemak untuk melindungi organ organ penting dari asid ini,untuk  mengatasi keadaan yang terlalu  berasid ini, air bersifat alkali adalah pilihan yang sangat  tepat. kerana air dengan kadar pH 7.5 keatas ini akan mengaktifkan enzim dalam  tubuh ianya akan meningkatkan pembakaran kalori dari sisa-sisa makanan yang  bersifat asid yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Air alkali juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui air kecing. Bagi yang ingin menguruskan badan pula, meminum  air alkali suam sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apatah lagi air alkali ini tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah meminum pada suhu yang agak sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu sejuk. 

9. Penyeimbang tubuh .
Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus. Namun, tubuh manusia mempunyai  mekanisme dalam mempertahankan keseimbangan pengambilan air yang masuk dan yang dikeluarkan.

Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisme normal dalam mempertahankan  pengambilan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh  kira-kira 2-2,5 l (8 – 10 gelas)  sehari. Jumlah keperluan air ini sudah termasuk pengambilan air dari makanan (seperti dari kuah sup, soto), minuman seperti susu, teh, kopi, sirup. Selain itu,  pengambilan air juga diperolehi dari hasil metabolisme makanan yang dambil dan metabolisme jaringan sel di dalam tubuh.

Air juga dikeluarkan tubuh melalui air kencing dan peluh. Jumlah air yang dikeluarkan tubuh melalui air kencing sekitar 1 liter sehari, jumlah najis pula yang dikeluarkan pada orang sihat sekitar 50 – 400 g/hari, kandungan aimya sekitar 60 – 90 % berat najis atau kira-kira 50 – 60 ml air sehari. Sedangkan, air yang terbuang melalui keringat dan saluran pernafasan dalam sehari maksimum 1 liter, tergantung suhu udara sekitar.  Belum lagi faktor  pengeluaran air melalui pernafasan. Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam nafasnya akan meningkat. Sebaliknya, jumlah air yang disedut melalui pernafasan berkurang akibat rendahnya kelembapan udara di sekitarnya.

Tubuh akan menurun keadaannya bila kadar air menurun dan kita tidak segera memenuhi keperluan air tubuh tersebut.  Minum air paling sedikit seliter lebih banyak dari apa yang diperlukan oleh rasa haus kita. sebabnya, kehilangan 4% cairan saja akan  mengakibatkan penurunan prestasi kita sebanyak 22 %! Dapat diertikan bila  kehilangan 7%, kita akan mulai merasa lemah dan lesu.

Aktiviti makin banyak maka makin banyak pula air yang keluar dari tubuh. Untuk itu, pakar kesihatan mengingatkan agar jangan hanya minum bila terasa haus Kebiasaan banyak minum,dalam keadaan sedang haus atau tidak, merupakan  kebiasaan yang baik untuk kesihatan

Jika berada di kawasan yang berhawa dingin, adalah disyorkan minum berlebihan  kerana udara sejuk dan badan cepat   mengalami kekurangan air  Banyak minum  juga akan membantu kulit tidak cepat kering. Di ruang yang suhunya tidak tetap juga dianjurkan untuk membiasakan meminum meski tidak terasa haus untuk  menyeimbangkan suhu.

10. Air bersifat Alkali dan Keletihan/ Tenaga berkurangan
Keletihan adalah gejala dan isyarat keluhan yang paling umum dari tubuh yang  terlalu berasid.Racun yang dihasilkan oleh tubuh yang terlalu berasid mengurangi  daya serap akan protein, mineral dan nutrisi lain. seterusnya akan melemahkan  kemampuan tubuh untuk mengeluarkan enzim, hormon dan ratusan komponen  kimia dalam tubuh yang sangat diperlukan untuk proses penjanaan semula

 - Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...