Sunday, May 26, 2013

KEHEBATAN KAMBING


TAHUKAH ANDA KAMBING BOLEH MEMANJAT??..
PERCAYAKAH ANDA?
GAMBAR DI ATAS ADALAH BUKTINYA...















Kambing pastinya ramai diantara kita yang takut untuk menikmati dagingnya kerana disangka akan menyebabkan penyakit darah tinggi… Tetapi tahukah anda disebalik cerita sebenar kambing ???


Tahukah anda kambing biri – biri adalah haiwan belaan Nabi Muhammad S.A.W satu ketika dahulu ??? Pernahkah anda membaca atau mengkaji sendiri tentang khasiat sebenar susu haiwan ini ?

Kebaikkan Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing.

Pun begitu kebanyakkan rakyat di Malaysia masih tidak menggemari susu kambing dan ada antara mereka ini mengatakan ianya berbau hamis ketika di minum segar.
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing ialah:
  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  •   > Protein 2.1 kali ganda
  •   > Kalsium 2.2 kali ganda
  •   > Zat Besi 2.0 kali ganda
  •   > Potasium 2.1 kali ganda
  •   > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •   > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •   > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang


Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. 


Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh). 

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein). 

Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:

  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan

Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.

Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)

Kambing Gurun
Selain kambing Morocco,terdapat satu lagi jenis spesies yang sama mampu berkelakuan seperti itu.Kambing itu dikenali sebagai kambing gurun.Kambing ini tergolong di dalam family Bovidae(keluarga seladang dan lembu).Ia boleh ditemui di Sumatera.Semenanjung Malaysia,Thailand,Mnyammar,Indochina,Selatan China dan India.Spesies ini selalunya mendiami kawasan tanah pamah,bukit dan kawasan gunung.
Makanan utama bagi spesies ini adalah daun-daun pokok seperti Ludai,dan lumut-lumut yang terdapat di bahagian-bahagian batu gua.Kegemaran spesies ini adalah berjemur di tempat-tempat terbuka di kawasan cerun yang berbatu.Kambing gurun merupakan spesies yang amat sukar dijumpai kerana ia berkeliaran di kawasan bukit-bukit dan gunung berbatu.
Selain sifat semula jadinya,kebolehan kambing tersebut yang boleh memanjat pokok turut dikaitkan dengan factor najisnya.Di Morocco,najis haiwan ini cukup bernilai kerana boleh dijadikan minyak untuk penghasilan produk-produk kosmetik.Disebabkan itu,penduduk tempatan turut melatih haiwan berkenaan memanjat pokok Argan bagi mendapatkan najisnya.
Peliknya, haiwan ini sebenarnya sebahagian penting daripada proses membuat minyak. kacang ini amat sukar untuk membuka kerana susah untuk meretakkannya, jadi  orang memasukkannya ke dalam melalui tahi kambing untuk memilihkacang argan berharga



VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043

Sejarah Susu Kambing

NABI ADAM A.S

Bermulanya human civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

NABI IBRAHIM A.S

Merupakan penternak kambing yang agung.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

NABI ISA A.S

Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW

Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing seperti dalam kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith - Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.



PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

Nabi Muhammad SAW telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Malaikat Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (Minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu).


Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

AMALAN PARA NABI DAN RASUL

Semua Nabi2 dan Rasul2 menjadi pengembala kambing..tentu ada Hikmah dan Fadilat yang besar pada binatang ternakan kambing,malah kambing merupakan binatang yang menjadi keenderaan kita di Syurga nanti. Jadi jika anda beriltizam dan beristiqamah menjadikan susu kambing ini sebagai minuman,tentunya kita mempraktikan salah satu Sunnah Rasulallah SAW, di samping itu tentu tinggi khasiatnya.

AMALAN SUNNAH
Tentu sebelum ini kita tidak tahu atau kita tidak perasan bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah.Kalau kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mengingatkan orang bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah yang telah ditinggalkan orang sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadis dari "Abu Ubaidah bin Atoq, Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yang ditinggal-tinggalkan orang".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala (InsyaAllah).


DINASTI CHINA

2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing.

AGAMA HINDU

Masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan:

  • Meningkatkan Daya Ingatan
  • Ketahanan Badan
  • Amalan Perubatan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...