Tuesday, August 27, 2013

KAMBING - SUSU KAMBING (HAYYGOAT)


·         Rasulullah SAW sendiri mengamalkan susu kambing dan juga baginda adalah pengembala
“Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yg ditinggal-tinggalkan orang" Kita sedia maklum kebanyakan Rasul-rasul dan Nabi-nabi semuanya pernah menjadi gembala kambing dan tentu ada Hikmah disebaliknya yang hanya ALLAH SWT sahaja yg Maha Mengetahui”.

ABI ADAM
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

NABI IBRAHIM 
Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

NABI ISA
·         Juga menternak kambing
·         Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.
NABI MUHAMMAD SAW 
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing
(kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith)
Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.

Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (“minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”).

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa

Kelebihan kambing:
·         Makanan utamanya adalah rumput-rampai dan dedaun pokok.
·         Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa
·         ternakan kambing adalah salah satu sunnah dalam kehidupan para ‘Anbiya seperti Nabi Syuib as, Nabi Musa as dan Nabi Muhammad saw
·         kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan anak nabi Adam, Habil merupakan penternak kambing yang pertama di muka dunia. Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya disandarkan kepada Said al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Akan tiba suatu masa dimana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam.
·         menurut Abdulah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah
·         Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega
·         Antara keistimewaannya ialah:-
o   Mengandungi protein, enzim dan vitamin A yang baik untuk mata serta vitamin D untuk menguatkan tulang.
o   Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah.
o   Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer.
o   Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil.
o   Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Lantaran ini susu kambing merupakan ubat atau penawar berkesan bagi penyakit-penyakit seperti:-

·         Demam kuning (jaundis)
·         Penyakit Asma (lelah)
·         Gastrik dan ulser perut
·         Eczema (penyakit kulit)
·         Migrain (sakit kepala)
·         Mengetatkan kemaluan wanita (faraj)
·         Menguatkan tulang

Sementara daging kambing atau chevon (red gold) yang berzat lagi sedap dimakan dikenali sebagai “naturally occuring health meat” yang memiliki ciri-ciri berikut, iaitu:-

·         Kalori rendah
·         Kadar lemak rendah
·         Nisbah lemak tidak tepu/lemak tepu tinggi
·         Kandungan kolestrol rendah
·         HDL-C tinggi dan LDL-C adalah rendah
·         Mampu menghindari penyakit jantung sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr.John R.Addrizzo (MD) dalam artikelnya, “Use of Goat Milk and Goat Meat as Therapeutic Aids in Cardiovascular Diseases”
·         Menurut kajian Dr.Peter J.D’Adamo – daging kambing amat sesuai untuk jenis darah ‘O’, ‘B’, dan ‘AB’ yang dimiliki oleh seramai 75% rakyat Malaysia. 


Dalam hadith Nabi Muhammad S.A.W, baginda ada menggunakan perkataan gembala. Antara hadith yang mahsyur adalah hadith “Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu diminta bertanggungjawab keatas gembalaannya..” yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...