Monday, September 28, 2015

Salam 1 Muharam & lirik Lagu

Assalamualaikum,
Salam 1 MUHARAM - 14/10/2015 - RABU
DARIPADA HAYYGOAT MARKETING

Lirik Lagu Maal Hijrah (1 Muharram) – Al Ajiba
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
[Chorus]
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
[Ulang chorus]
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
[Ulang chorus 2x]
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Daripada :- http://liriklagu.me/lirik-lagu-maal-hijrah-1-muharram/




Senarai Stokis
https://www.facebook.com/notes/susu-kambing-hayygoat/senarai-stokis-susu-kambing-hayygoat/186396941519859
FB
https://www.facebook.com/Hayygoat
https://www.facebook.com/profile.php?id=100004486633441
BLOG
http://hayygoat.blogspot.com/
WEBSITE:
www.hayygoat.com
panpage:
http://panpages.my/listings/my617118-hayygoat-goat-milk

Hayygoat Marketing (002252943-M)
17, JALAN 9/2, TAMAN IKS, SEKSYEN 9,
BANDAR BARU BANGI, 43650.
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03-8923 1600
FAX: 03-8926 7373


Wednesday, September 16, 2015

HIKMAH DISEBALIK AIDILADHA?

Assalamualaikum,
Salam Hari Raya Aidil Adha 24/sept/2015-25/sept/2015
DARIPADA HAYYGOAT MARKETING

susu kambing hayygoat " minuman khasiat untuk seisi keluarga"
Kini susu kambing coklat sudah berada di pasaran...

TAHUKAH ANDA HIKMAH DISEBALIK AIDILADHA?

- 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban, di samping itu umat islam akan mengadakan solat sunat. 

- Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha pada hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.


- Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil kejadiaan ini adalah untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.

- Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangunkan Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"
 Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, 
Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari Tasyrik. Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah.


- Pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

- Jika pada Hari Raya Aidil fitri yang lalu, kita mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu kehidupan masyarakat yang tidak mampu, maka penyembelihan korban pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik berikutnya.

- Ibadat penyembelihan korban di Aidil Adha bukan sahaja sebagai tanda shukur nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya terkandung rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta.

- Ibadat haji yang dilakukan pada masa ini juga menunjukkan ketaatan kepada Allah, apabila seseorang itu secara sukarela mengikut kesemua rukun haji meskipun ia memenatkannya. Ibadat haji juga mengajar erti persamaan dan persaudaraan. Apabila menunaikan haji, seorang akan merasakan bahawa kedudukan mereka sama sahaja di hadapan Allah. Dengan berpakaian ihram bagi lelaki dan bertelekung bagi perempuan, seperti tiada perbezaan di antara satu sama lain; baik orang kaya atau miskin, pemimpin atau rakyat jelata.

Sumber daripada :http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7820-hikmah-di-sebalik-sambutan-aidil-adha
by Mastura binti Mohd Zain. Posted in Artikel


Tuesday, September 1, 2015

1 MALAYSIA



Assalamualaikum,

SALAM 1 MALAYSIA -  16/9/2015
DARIPADA HAYYGOAT MARKETING
susu kambing hayygoat " minuman khasiat untuk seisi keluarga"

- Paket 1kg Asli= RM70
- Botol 500grm = RM40
- Paket sachet 20 paket kecil x 23grm = RM39
- Papan sachet 20 paket kecil x 23grm = RM39

Senarai Stokis
https://www.facebook.com/notes/susu-kambing-hayygoat/senarai-stokis-susu-kambing-hayygoat/186396941519859
FB
https://www.facebook.com/Hayygoat
https://www.facebook.com/profile.php?id=100004486633441
BLOG
http://hayygoat.blogspot.com/
WEBSITE:
www.hayygoat.com
panpage:
http://panpages.my/listings/my617118-hayygoat-goat-milk



Hayygoat Marketing (002252546-M)
17, JALAN 9/2, TAMAN IKS, SEKSYEN 9,
BANDAR BARU BANGI, 43650.
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03-8923 1600
FAX: 03-8926 7373

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...