TAHUKAH ANDA KAMBING BOLEH MEMANJAT??..
PERCAYAKAH ANDA?
GAMBAR DI ATAS ADALAH BUKTINYA...
Kambing pastinya ramai diantara kita yang
takut untuk menikmati dagingnya kerana disangka akan menyebabkan penyakit darah
tinggi… Tetapi tahukah anda disebalik cerita sebenar kambing ???
Tahukah anda kambing biri – biri adalah haiwan belaan Nabi Muhammad
S.A.W satu ketika dahulu ??? Pernahkah anda membaca atau mengkaji sendiri
tentang khasiat sebenar susu haiwan ini ?
Kebaikkan Susu Kambing
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti
penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat
penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin,
sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan
tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan
makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing.
Pun begitu kebanyakkan rakyat
di Malaysia masih tidak menggemari susu kambing dan ada antara mereka ini
mengatakan ianya berbau hamis ketika di minum segar.
Susu kambing
kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis
serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam
kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat
awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta
berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik
untuk kesihatan. ANtara kebaikan
lain susu kambing ialah:
- Tidak menyebabkan alahan.
- Membantu sistem imunisasi tubuh.
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
- Membantu sistem penghadaman.
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi,
kulit & tisu saraf).
- Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein &
Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
- Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi
berbanding dalam susu lembu:
- > Protein 2.1 kali ganda
- > Kalsium 2.2 kali ganda
- > Zat Besi 2.0 kali ganda
- > Potasium 2.1 kali ganda
- > Vitamin A 3.8 kali ganda
- > Garam Galian 2.0 kali ganda
- > Selenium paling tinggi berbanding semua
jenis susu
- Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing
lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
- Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus &
mudah dihadam berbanding susu lembu.
- Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan
20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu
yang
Khasiat
terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.
Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan
melebihi daripada dalam susu lembu.
Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein &
beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu
lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino
termasuk 8 jenis asid amino penting.
Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah
penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam
tubuh).
Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada
protein).
Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate,
suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa
fungsi tubuh yang lain.
Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan
susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk
beberapa fungsi yang lain:
- Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
- Membolehkan penggumpalan darah
- Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
- Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
- Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
- Mengawal degupan jantung
- Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
- Menyingkirkan toksin dalam kolon
- Menurunkan tekanan darah
- Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
- Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah
kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit
dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.
Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium
dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.
Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan
supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser
kolon.
Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk
kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan
sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak
‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko
‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan
sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.
Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan
sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah
(berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu
yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan
persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat
mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.
Perbandingan Khasiat Susu
Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Kambing Gurun
Selain kambing Morocco,terdapat satu lagi
jenis spesies yang sama mampu berkelakuan seperti itu.Kambing itu dikenali
sebagai kambing gurun.Kambing ini tergolong di dalam family Bovidae(keluarga
seladang dan lembu).Ia boleh ditemui di Sumatera.Semenanjung Malaysia,Thailand,Mnyammar,Indochina,Selatan
China dan India.Spesies ini selalunya mendiami kawasan tanah pamah,bukit dan
kawasan gunung.
Makanan utama bagi spesies ini adalah
daun-daun pokok seperti Ludai,dan lumut-lumut yang terdapat di
bahagian-bahagian batu gua.Kegemaran spesies ini adalah berjemur di
tempat-tempat terbuka di kawasan cerun yang berbatu.Kambing gurun merupakan
spesies yang amat sukar dijumpai kerana ia berkeliaran di kawasan bukit-bukit
dan gunung berbatu.
Selain
sifat semula jadinya,kebolehan kambing tersebut yang boleh memanjat pokok turut
dikaitkan dengan factor najisnya.Di Morocco,najis haiwan ini cukup bernilai
kerana boleh dijadikan minyak untuk penghasilan produk-produk
kosmetik.Disebabkan itu,penduduk tempatan turut melatih haiwan berkenaan
memanjat pokok Argan bagi mendapatkan najisnya.
Peliknya, haiwan ini sebenarnya sebahagian penting
daripada proses membuat minyak. kacang ini amat sukar
untuk membuka kerana susah untuk meretakkannya,
jadi orang memasukkannya ke dalam melalui tahi kambing untuk memilihkacang argan berharga
VITAMIN
|
KAMBING
|
KERBAU
|
LEMBU
|
Vitamin A |
2070
|
1669
|
1560
|
Vitamin D |
23.7
|
tiada
|
tiada
|
Riboflavin |
1.84
|
1.07
|
1.75
|
Nicotinic Acid |
1.87
|
1.71
|
1.94
|
Choline |
150
|
tiada
|
121
|
Inositol |
210
|
tiada
|
110
|
Vitamin B1 |
0.0006
|
0.0043
|
0.0043
|
Sejarah Susu Kambing
NABI
ADAM A.S
Bermulanya human civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil
menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.
NABI IBRAHIM A.S
Merupakan penternak kambing yang agung.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga
kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam
sejarah Islam.
NABI ISA A.S
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang
dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.
NABI MUHAMMAD SAW
Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu
kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing seperti
dalam kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik
Uqbah Mu’aith - Dipetik dari
Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.
PERISTIWA
ISRAK & MIKRAJ
Nabi Muhammad SAW telah
disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Malaikat Jibrail iaitu Arak, Madu dan
Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (Minuman yang terbaik di dunia
selepas susu ibu).
Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang
tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa
masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan
pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan
sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas
susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.
AMALAN PARA NABI DAN RASUL
Semua Nabi2 dan Rasul2 menjadi pengembala kambing..tentu ada Hikmah dan
Fadilat yang besar pada binatang ternakan kambing,malah kambing merupakan
binatang yang menjadi keenderaan kita di Syurga nanti. Jadi jika anda beriltizam
dan beristiqamah menjadikan susu kambing ini sebagai minuman,tentunya kita
mempraktikan salah satu Sunnah Rasulallah SAW, di samping itu tentu tinggi
khasiatnya.
AMALAN SUNNAH
Tentu sebelum ini kita tidak tahu atau kita tidak perasan
bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah.Kalau kita meminum atau menjual
secara tidak langsung kita mengingatkan orang bahawa susu kambing ini adalah
minuman Sunnah yang telah ditinggalkan orang sebagaimana yang diriwayatkan
dalam satu hadis dari "Abu Ubaidah bin Atoq, Rasulullah SAW bersabda
bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yang
ditinggal-tinggalkan orang".Oleh itu kita menghidupkan kembali
Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat
pahala (InsyaAllah).
DINASTI CHINA
2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing
dan berendam dalam susu kambing.
AGAMA HINDU
Masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing
bertujuan:
- Meningkatkan
Daya Ingatan
- Ketahanan
Badan
- Amalan
Perubatan